image

Ketentuan yang Allah berikan kepada aku membuatkan aku redha,mungkin ada hikmah di sebalik semua ini . Aku yang merupakan anak sulung dalam keluarga ini terpaksa beralah demi tidak membebankan mak aku dan abah aku. Dahulu sesudahnya aku SPM aku telah ditawarkan untuk menjadi jururawat oleh SPA di kolej bersekutu terpaksa aku lepaskan kerana kesesakan hidup. Ye lah hidup di bandar kos sara hidup teramatlah tinggi dan adik adik aku masih lagi bersekolah jadi untuk mengurangkan beban abah aku ,aku hanya sempat belajar untuk 1 sem je ..lepas itu aku pun cabut. Selepas itu apa lagi blacklist la nama aku dalam SPA,tak apa aku redha. Sekarang apabila aku mulai bekerja ada saja halangan untuk aku lalui ,berebut motor la ,jauh dari rumah la,aku terpaksa beralah.. Alik alik sekarang mak aku pulak sakit dan aku sebagai anak memang menjadi tanggungjawab aku untuk menjaga mak aku. Tak apa lah mak aku banyak memberi dorongan dan semangat dengan mengatakan kepadaku ‘wani Allah ada perancanganNya yang tersendiri untuk hang,anggap lah tak ada rezeki lagi’..